Wednesday, June 22, 2011

petua-petua tradisional peninggalan orang-orang tua dahulu 3

Melegakan Cirit Birit
  1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.
  2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain
  3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.
Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.



Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.



Melentikkan Bulu Mata



Bahan-bahan

Daun Lidah buaya

Caranya

Ambil daun lidah buaya - Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata - Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Membuat ubat nyamuk dari serai wangi



Bahan-bahan

1 Kg serai wangi basah (daun dan batang). ia dicuci bersih-bersih.

Caranya

Serai wangi dikisar hingga halus.seeloknya kisar kering , selepas itu baru campurkan dengan 250 ml air.Biarkan semalaman.Selepas itu tapi hampasnya dan masukkan ke dalam botol.Cairkan dengan dengan air suling.Apabila hendak digunakan masukkan ke dalam botol penyembur dan gunakan seperti anda menggunakan racun serangga lain

Memecah batu karang



Bahan-bahan

Bayam karang(batu jin),barli cina

Caranya

Ambil 10 helai daun batu jin yang segar ,besar.Basuh dan gosok untuk membuang miang.Rebus bersama barli cina (segenggam) dan 1.5 liter air selama setengah jam.Lepas itu biarkan air jadi suam dan minium untuk 3 kali dalam sehari.Amalkan selama 4 hari paling lama 7 hari.
  1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
  2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.


Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.


  1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
  2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
  3. Bercelak ketika hendak tidur.
  4. Kerap duduk mengadap kiblat.
  5. Makan lobak putih selalu.
Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

  1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus

Mencantikkan Kulit Bayi
Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.

Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.




Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.



Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-

  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.


Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.




Menggemukkan Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.




Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.




Menghidap Barah Rahim
Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.




Menghilangkan Angin
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.




Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
  1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.




Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.


Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.




  1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
  2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.
Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.




Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.















No comments:

Post a Comment